Tuesday, January 10, 2012

~cukuplah hanya Tuhan sahaja mengetahui~

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!



“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.”

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.


Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya cintanya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan...

“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.


Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan menimbun atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya...

“Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.”
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

P/S: Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.
Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu…

Thursday, December 29, 2011

Terima Kasih Tuhan

salam to all readers...
syukurku dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dgn izinNya juga semua urusanku harini dipermudahkan... Alhamduillah~


first sekali mlm before submit assignment BKAL(business accounting)...memang x minta langsung la kan dgn subjek ni...last2 minit dapat individual assngment...memang blurr habis...malam before submit tu nasib la kan ada gak yg sudi membantu dalam penyumbangan jawapan...sangat terharu...buat benda tu sat ja...stay up sampai pagi so kami boleh study sikit utk final nanti...tq sahabat sbb ada disaat aku dalam kesusahan....


nk dijadikan cerita dah nama pun x tido sepanjang malam...pagi yu memang tidak sedarkan diri la kan~ tapi disebabkan mind set dah ckp pkul 9 kena bngun nk kena hantaq before 12 noon...nasib baik la kekentalan jiwa ni kuat la jugka kan...hehe dapat gak abngun pkul 9 tu...dgn mata yg memang x ley nk buka dah...terus ke lab nak print assingment...alang2 terus sign surat kelulusan utk projek sulung ku...huhuhuh memang dah jadi tradisi kot selalu time sign syrat2 penting mesti dalam keadaan mengantok...


settle print and sign tu....then trus pegi bilik kawan mintak tolong hantarkan sekali...sebab memang x berdaya nak p dah...balik bilik sat siap2 then nk pegi HEP utk surat keluusan projek yg sudah 2 minggu lebih tertunda... Alhamdulillah lulus jugak akhirnya...dugaan banyak sungguh utk projek kali ni....maybe because ni first time i handle projek besar kot...cuak gak surat kelulusan x dapat setelah sekian lama....


berkat kesabaran setelah sekian lama akhirnya lulus gak... *tanpa kena marah or tengking dari pihak HEP*..hehehe sebab selalu mesti ada yg akan kena marah kat situ...seterusnya perjalanan diterusakn lagi dengan terus ke jabatan bendahari...mintak surat pelepasan cukai pulak...kat situ pun alhamdulillah dipermudahkan jugak...smooth ja smua...juga tanpa dimaahi oleh sesiapa kat sana...


balik dari settle semua kerja apa lagi kan...qada tido sampai petang...malam pulak w'pun still letih terpaksa jugak attend meeting first dgn semua peserta...Alhamdulillah jugak sekali lagi sebab semua berjalan lancar...
syukur sangat2 harini hati sangat tenang :)....terima kasih Tuhan


P/S: mungkin sebab kalau kita ikhlas dengan sesuatu benda tu Allah akan permudahkan dan tunjukkan jalan yg terbaik untuk kita....a lot of thanks jugak to all my friends yg membantu dalam kelancaran hariku hari ini...bermual denagn qila n liza ( tolong dalam assignment), fika n wani azmi (S/U projek sulungku), hanani(tolong hantarkan assignment...lastly to all AJK and MT yg support...tq gak to kwn2 yg memberi semangat...luv uolls.....

Friday, December 16, 2011

~aku berpegang pada janji~

Ingin ku katakan sesuatu, perasaan hatiku...tidak kan pernah aku mungkiri semua janji...
kini aku redha...kini aku terima...andai itu amanah yg diberi...aku pasrah...
berat hatiku dulu,
bebanan yg ditanggung dulu,
kini terasa tanggungjawab dihati,
amanah yg diberi aku jalankan dgn perasaan
ikhlas dari hati~


Namun satu perkara yg ku pegang sebagai janji...
hanya Tuhan sebagai saksi...


Aku takut untuk mengambil tanggungjawab itu,
aku takut tidak terlaksana amanah itu,
aku takut menerima takdir itu...


kini,
aku harus tahu...aku tetap aku
punya keluarga yg sentiasa dihati,
punya kawan2 yg sentiasa dikanan dan kiri,
punya tanggungjawab yg amat besar yg harus aku genggami...


Amanah itu akan aku jalankan sebaik mungkin..
itu adalah 1 janji
amanah itu akan aku laksanakan setulus hati
itu juga adalah 1 janji..


aku mahu kalian tahu bukan mudah untuk aku membuat keputusan ini,
bukan mudah untuk aku menerima tanggungjawab ini,
bukan mudah kerana aku insan yg punya banyak kelemahan...


aku melakukan ini bukan kerana nama,
bukan kerana pangkat dan kedudukan,
bukan kerana inginkan penghormatan,


aku mahu kalian tahu
aku tidak memerlukan semua itu
aku senang dengan kedudukan ku kini
punya teman dan sahabat disisi
keluargaku tetap tersemat dihati


kini aku hanya
~ Mengharapkan redha dari Illahi~

Tuesday, December 13, 2011

::::::~~ombak rindu~~::::::

salam to all readers...
nk story kat uols semalam i pergi tgk ombak rindu with some of my friends...actually niat masa mula2 nk outing tu saja ja nk bawak diorg jalan2 menghilangkan stress dan sakit dihati...well dekat nak habis sem ni memang time utk sakit pun...dengan assignment bertimbun keja pulak datang bergolek2...tak payah nak membayangkan la betapa peritnya bila dah sampai hujung2 semester ni...


so nak dijadikan cerita kami pun outing la...dah semua ready2 standby dalam kereta tiba2 my freind ni dia ckp jom jalan kat jitra...boleh tengok ombak rindu...aku on ja...sebab memang teringin siot nak tengok tapi x sempat kan dengan assignment yg banyak...so di kesempatan itu jugaklah kami pun tengok ombak rindu tu...novelnya memang aku baca berulang kali (maybe ada org x percaya yg aku ni memang suka baca novel atau lebih dikenali sebagai pengila novel)...tapi ramai yg akan cakap nampak brutal tapi baca novel....hahahaha bagi aku x salah beb!!! aku tak nampak kat mana salah bila aku nk membaca novel ni...so persetankan apa yg org nak cakap....ditambah lagi kalau kita asyik pikir apa yg org cakap kat kita ni sampai bilapun x habis...jadi biarkan sahaja mereka dengan kata2 mereka....aku lebih suka memikirkan tentang org2 yg disekeliling ataupun yg rapat dengan aku jak....yang lain lantak p kat hampa la...ada aku kisah!!!


serius xcited sangat2 nak tgk ombak rindu...namun x kuduga ceritanya sangat boring.....seriuosly boring gila...and dalam cinema tu pun ada yg kluar sebelum habis cerita uols....nampak sangat memang boring....TETAPI....hahahah the interesting part kawan aku nangis dowh.....tak paham aku...aku tak nampak dimana kesedihan dimana part yg boleh menyentuh jiwa meuntun sanubari....serius aku x paham why diorg nangis.....jiwa tersentuh kot????maybe la....sebab hati manusia ni lain2..^^ so x pa kalau korg nak nangis pun nangis la.....hahahahahahahah aku pulak mampu gelak je lah.....


penat outing semalam sampai aku tido awal kot....badan terasa sangat letih tapi hati rasa sangat happy bila diorg dah x stress lagi...


:::::::selamat pagi malaysia:::::::
:::::::::::::blog ni diupdate time aku baru bangun tido:::::::::::::::::

Sunday, December 11, 2011

~lama x merapu~

salam sejahtera...
lama x update blog kan...ada sebab musabab kenapa blog ni x diupdate...kadang2 rasa mcm tempat utk berfeeling ni selalu diganggu...terima kasih kpd semua stalker2 terhebat abad ini....
mesti korg akan cakap kalau x nak bagi org baca x perlu la ada blog...kan3????
facebook dan twitter saya aalah terlalu umum utk public...kan situ ramai senior junior cikgu, kawan2, sahabat2 teman2, musuh2, yg memerhati secara jauh dan dekat....seriusly aku x paham apa yg korg nk tahu....
perlu ke nk stalk berbagai...haha ramai x tahu rasia ni tapi ni aku nak habaq aku tahu cara bagaimana utk mengetahui siapa yg stalk anda....tapi cm malas ja nk kongsi ilmu....kedekut sikit harini....hahahaha
lagipun mood sedang diombak rindu sekarang ni....memang x da mood langsung utk sepanjang minggu ni,minggu depan dan mungkin minggu2 seterusnya....


malas da nk update pasal kehidupan seharian...rasa mcm mau tinggalkan dunia blog ni...
bye uols...<semoga hari anda diberkati oleh Tuhan yg Maha Esa>

Wednesday, November 30, 2011

Yes or No

kadang2 x semua yg kita nak kita boleh dapat...and the most thing yg kebanyakkan manusia takut terjadi is melaksanakan amanah yg diberi...
seriusly bukan aku x sayang...just that aku takut aku x mampu...walaupun aku tahu ramai yg support ramai yg sentiasa ada x kira kat mana aku berdiri....tapi this thing is all about myself...
aku takut x dapat menjadi spt yg diharapkan....
aku takut membuat lebih ramai org kecewa...
aku takut menerima amanah yg terlalu besar...


aku mohon diberikan petunjuk...
aku mohon diberi kekuatan...
aku mohon dikurnia kesabaran...
aku mohon diberi kesempatan...
aku mohon kesabaran kalian....


andai itu yg telah ditakdirkan aku...
masih terlalu banyak yg perlu difikirkan...


p/s : rasa mcm nk berlari pulang ke penang...tapi aku tahu lari dari masalah x kan dpt menyelesaikan apa2...
       biar masa yg menentukan segalanya...


~biarlah utk sementara waktu kini aku lebih senang sendiri~

Sunday, November 27, 2011

~ Aku Cinta ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera~ first of all salam maal hijrah selamat tahun baru kpd semua :) semoga tahun baru ni mmberi lebih byk kebaikan kpd diri kita semua~ aminn :)

entry ni ditulis waktu jiwa tgh kacau...seriusly this feeling that ive tried to throw far away from myself datang balik pulak...begini ceritanya...seriusly i have my own life prinsip...x tahu la korang ada ka x but to me ive decided to not accept love from a human being that Allah created to be Khalifah in our world...
poyo jer bunyi kan but serius aku jenis manusia ada prinsip,ada disiplin and hala tuju hidup...even aku dah plan for my future 6 years from now...well kita hnya mampu merancang Tuhan yg menentukan segala-galanya...
why must he comes again??? mengganggu keharmonian hidup aku sekarang ni...dah cukup bahagia skrg ni tanpa dosa2 bercouple dan dosa sayang menyayangi antara bukan muhrim ni... ive stop all that things before i entered Uni life...seriusly...but why now??? Astarfirullahalazim...Ya Allah tetapkan hati hambamu ini supaya cinta pada cinta yg kekal abadi...jangan biarkan diriku terpesong dgn suka dan senang didunia... Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim sesungguhnya Engkau Tuhan yg satu...aku memohon agar diberikan petunjuk supaya tetap diredhai olehMu...
Jika benar dia ditakdirkan untuku maka tetapkan hatinya dgn hatiku...tetapi jika dia bukan utkku maka berilah jodoh yg lebih baik utknya kerana aku tahu Engkau Tuhan yang maha Mengetahui mana yg baik dan mana yg tidak....
Sesungguhnya hadir dirinya dalam hidupku dulu langsung tidak memberi makna...walaupun dia satu2nya yg buat aku tersenyum sendiri bila memikirkannya...aku mencari seseorang yg mampu memimpin diri aku yg sangat cetek ilmu...aku mencari seseorg yg amat mementingkan kesederhanaan dalam kehidupan...dan aku mencari seorang yg boleh menjadi imam kpd keluargaku nanti...
Aku tahu dia yg hadir dalam hidupku tidak seperti semua yg kuinginkan...Ya Allah jika benar Engkau takdirkan dia dgn diriku maka berilah hidayah serta petunjuMu kpd dirinya...semoga dia bakal menjadi seorg ketua kekuarga yg berjaya kelak...

~aku lebih senang sendiri~ maaf ikhlas dari hati

Aku cinta bukannya disengaja
Jauh dari wasangka
Dekatkan hatinya


Aku cinta bukan dibayang mata
Jauh dari bahasa
Dekatkan ertinya

Memang cinta ada dalam jiwa kita