Thursday, May 12, 2011

Perlukah?

Entri kali ni pulak just nk share pasal perlukah...perlukah sesama manusia sendiri nak bergaduh nak berkelahi nak bermasam muka dan apa2 lagi yg sma waktu dengannya? Manusia memang dilahirkan dgn sifat2 sedemikian... kadang2 kita ni mmg x boleh tengok org lain lebih drpd kita especially org yg dekat dgn kita...fitrah manusia dilahirkan dengan sifat yg macam tu...walhal kita ni selalu lupa yg kita ni semua sama saja...nk tahu x apa yg menyebabkan kita semua ni sama ja...first sekali kita ni makhluk yg diciptakan Allah swt dan dikurniakan akal fikiran supaya manusia ni mampu berfikir dan tahu baik atau buruk sesuatu benda itu...tapi apakan daya memang manusia menggunakan akal tu untuk berfikir tapi nafsu yg telah menguasai pemikiran menyebabkan manusia bertindak diluar tahap pemikiran waras...memang x da doa untuk mengawal nafsu tetapi cara untuk kita control nafsu jahat kita adalah dengan sentiasa mendekatkan diri kita dengan pencipta... hiduplah anda pada hari ni seolah2 anda nk mati pada keesokan harinya...x perlu la nk bergaduh sesama insan kat muka bumi Tuhan yg satu ni...
sedar atau x kita hidup kat bumi yg sama...darah yg mengalir sama merahnya...sama pekatnya...kita bernafas menggunakan angin yg sama...

Aku teringat akan satu kata-kata, jika mahu menilai pekerti seseorang, nilailah sewaktu ia disakiti. Apakah ia sanggup memaafkan orang yang menyakitinya? Lalu aku insan yang serba kekurangan ini mahu membaiki akhlak dan pekertiku. Siapalah aku untuk tidak memaafkan kerana aku sendiripun belum tentu tidak menyakiti hati orang. Jika aku menyakitkan hati orang, pasti maaf jualah yang akanku tagih. Kata Fadzilah Kamsah, maafkanlah semua orang semoga kasih sayang sesama insan akan erat terjalin. 

aku ni bukan jenis yg pandai berkata2 pujangga tapi hidup sebagai insan kat muka bumi Tuhan ni perlulah sentiasa beringat yg tidak semua org senang dengan kehadiran diri kita...jika ada insan yg gembira dengan kehadiran kita maka adalah juga insan yg tidak menyukainya...dan jika kita membenci seseorg yg bergelar manusia maka adalah insan lain yg sedang membenci kita....hidup ni mcm timbal balik lah...kalau kita buat baik balasannya baik dan begitu juga sebaliknya...serius sebagai manusia tipu lah kalau aku ckp yg aku x da semua perasaan cemburu,jelez,dengki,irihati dan sebagainya...bukanlah salah cuma aplikasikan dalam bentuk yang berguna kepada diri kita sendiri...

kepada anda yg memerangi sesorg atau membenci seseorg sehingga anda menabur fitnah dan bercerita tentang keburukan seseorg,maka bertaubatlah....dan kepada anda yg menjadi bahan fitnah dan bahan cerita maka maafkanlah dia...kalaulah dunia mengamalkan sifat maaf memaafi confirm Amerika x serang Afghanistan dulu...dan harga minyak pun x la naik teruk yg sekaligus menyebabkan brg2 keperluan lain naik secara mendadak...apa2 pun berfikirlah secara bijak dan waras...renung2kan ^^

Indah kata kebangkitan dunia
beri saja peluang untuk menebus kesalahannya yang lalu
berikan apa saja yang ku pinta
lupakan apa terjadi pasti kau takkan kesali

Jalinkan persahabatan bersih
buang sifat membenci diri
jangan kau iri hati
dengan temanmu

insan maafkanlah
kesalahan teman seperjuanganmu
insan maafkanlah andai tersalah tutur bicara
insan renungilah ada ganjaran yang menunggu kita
tika di syurga...

ihklas dari 

SHAKIRA MAZLAN

4 comments:

siti said...

salam, kira kita semua sama ja...kenapa ya, kdg2 kita buat benda yg baik org xhargai...klu kita sentiasa jg hati org, hati kita sapa nak jg.??..klu sekali hati disakiti xpa, tp klu hati ini dah byk kali disakiti....sapa yg nak tggung....kesimpulan...kita jgn mudah percy kat seseorg walaupun kwn baik...kita blh ckp tp org yg terima tue kita blom tahu betapa sakitnya die...maap luaran xbermakna dalaman pon sama...buat apa berpura2...renung2kanlah...sesunggunguhnya Allah Maha Mengetahui-Nya..amin...wassalam...

Shakirah Mazlan said...

wasalam...yes sy stuju part jgn mudah mempercayai sesiapa pun walaupun kwn baik sendri...tpi percayalah Tuhan itu Maha Melihat dan Maha mengetahui setiap tingkahlaku kita...andai seseorg itu membuat hati kita terluka maka Tuhan akan membalasnya dlm keadaan yg sama...cuma tggu masa dan ketika...hukum karma...selagi kita hidup kat muka bumi Tuhan ni berbuat lah baik sesama manusia...InshaAllah semua yg berlaku ada hikmahnya ^_^

chui ™ said...

tol .. memaafkan adalah pkara yg tbaik. pndapat aku kirah ,biarlah org buat jahat kt kita jgn kita buat jht or bls kjhatan yg org buat kt kita. aku pom dh maafkan dia kirah :~

Shakirah Mazlan said...

sedangkan Nabi kita pun ampunkan umat apa lagi kita ni just manusia biasa yg lemah dan memiliki byk kekurangan... memaafkan adalah perbuatan paling indah dan dpt menenangkan hati kita...maafkanlah dia walau siapapun dia sbb kita x tahu bila ajal kita akan sampai dan bila lagi kita boleh berjumpa dgn dia...