Wednesday, March 13, 2013

Lillahi Ta'ala

Salam Alaik~

Lama sangat dah tidak terjebak kat alam ni...Alam bloggers...
Cuma hari ni dapat insipirasi nk berkarya lagi, dapat sumber untuk penulisan, dapat ilham dalam mimpi semalam... Kali ni kali pertama aku publickan nukilan ikhlas dari hati ni... Sebelum ni setiap posting2 aku yg terdahulu aku tak publish kat umum. Hanya mereka2 yang kenal hati budi aku ja aku share link blog ni... Kalau yg terjumpa jugak dan pernah terbaca jugak nampak sangat kot stalk aku ( hahaha perasan famous sat)... Tapi betul!!! Ini yang pertama aku publish untuk umum... Sebab aku nk share yang benda yang aku tahu Kau tak pernah tahu, benda yg mereka2 bercakap aku tak ambik tahu sebab aku letak harapan tinggi kat Kau...tapi harini harapan, kepercayaan tu hilang.. Konfem hilang!!!

Aku jenis manusia berprinsip. Aku jenis manusia yang degil. Aku punya rasa,aku punya suka,semua perkara yang berkenaan aku hanya aku saja yang tahu.. Kau tak tahu sebab kau belum sempat mengenali aku..

Keputusan aku buat dulu untuk Kau ternyata salah. Mereka2 berulang kali suruh aku pikir balik, mintak aku ubah semua tu, mereka2 tidak pernah setuju dengan aku.. Tapi macam aku cakap aku manusia berprinsip dan prinsip aku memang gila.. Sekali aku kata YA aku tak kan kata TIDAK... Mereka2 yg lain pernah berbicara tentang Kau, semua yg mereka anggap tentang diri Kau.. Mereka2 bercerita dan bercerita... Lagi sekali aku ulang aku manusia berprinsip.. Aku degil. Aku abaikan semua. Aku harapkan Kau. Aku percayakan Kau. Sebab bagi aku aku percaya manusia mampu berubah. Betul pandangan aku, manusia memang mampu berubah. sebagai contoh : Kau berubah... dan aku sangat terkilan...Sangat...

Orang yg aku harapkan, orang yg aku percaya, orang yg aku bangga2kan dulu kini hilang adabnya dengan mereka2 yg bersama aku dalam kepimpinan satu ketika dulu. Aku jenis manusia yg tak pernah kisah dengan pangkat,usia,mahupun gelaran.. Tapi aku sangat marah sangat kecewa kalau seseorang itu hilang adabnya sesama saudara Islam. Hilang adabnya hanya sebab gelaran yg dibawa lebih tinggi.. Prinsip aku mudah. ATTITUDE... Kami2 hanya memerhati dan sekali lagi Kau membuktikan yg Kau memang berubah sepenuhnya ...

Aku tunggu..Aku tunggu lagi, aku sabar sebab bagi aku sabar itu Indah...terserempak,berjumpa..Tapi Kau masih Kau.. Berubah.. Tu ja yang aku mampu ungkapkan bila nampak Kau.. Aku senyum ja sebab bagi aku sia2 kalau aku marah.. Aku bukan siapa2 lagi... Aku sedar semua tu.. YA aku setuju dengan mereka2... Aku silap. Aku silap sebab bagi peluang tu.. Aku silap sebab terlalu harapkan Kau.

Khas untuk Kau
Aku Halalkan ilmu yang aku kongsi dulu,
Aku Maafkan semua yg dah berlaku,
Aku Doakan kejayaan kepimpinan baru,
Aku mintak halal kalau pernah makan duit ringgit kau dulu,
Aku pun mintak maaf kalau pernah terkasar,terguris perasaan kau,
Aku mintak maaf atas semua yg pernah terjadi antara kita,
Aku mintak maaf atas segala2nya...
Tapi aku tetap tak boleh jadi macam dulu,
Sebab aku punya hati tak semulia orang lain,
Mungkin aku juga perlu berubah, berubah menjadi yang lebih baik,
Tapi yang pasti bukan sekarang, Pasti...
Lillahi Ta'ala semua yang aku buat niat aku kerana Allah SWT...

Aku tak pernah kisah apa orang nak cakap pasal aku,
Aku tak pernah ambik tahu pasal hal orang lain,
Tu cara aku, prinsip aku..
Aku memang aku...
Kalau baik dengan aku, baikla aku,
kalau jahat dengan aku , jahatla aku,
konsep yang mudah, prinsip yang gila..
Yang kenal hati aku mesti tahu cara aku...

Panjang pulak entry kali ni
buat yg baru nk baca jangan terkejut kalau bahasa aku guna berbeza dgn cara aku berkata2,
sebab sejak azali aku memang budak sastera,
tapi rezeki kat sini kena tukar aliran yang berbeza,
aku pasrah sebab Tuhan tu kan Maha Kuasa,
Dia tahu apa yg terbaik untuk HambaNya...

~Ikhlas Dari Hati, Assalamualaikum~

No comments: