Wednesday, April 3, 2013

Musibah dan Muhasabah...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Aku mula entry aku kali ni dengan selawat & salam kepada Junjungan Tinggi kita Nabi Muhammad SAW...
Salam buat Keluarga tercinta...
Salam untuk mereka2 yg pernah memberi ilmu padaku...
Salam buat manusia yg kuanggap teman...
Salam untuk yg sentiasa memberi sokongan... :)
Salam juga buat semua yg membaca...
Aku doakan kalian sentiasa dibawah Lindungan Yang Maha Kuasa...

Kali ni aku nak share satu benda yg membuat hati aku tersentuh...
Berkisah tentang sahabatku yg ditimpa musibah...
Musibah yg sangat berat buat dia dan keluarganya...
Keluarganya berada jauh di Borneo namun masih sebahagian Malaysia...

Terkilan!!!
Tu ja yang mampu aku taip...
memandangkan itu juga yg aku rasa waktu itu...TERKILAN
Pihak yg sepatutnya mampu untuk membantu...
Mampu untuk membuat apa sahaja...
Mampu untuk mencari jalan atau ikhtiar yg lebih mudah...
Seolah2 mengambil mudah, melepas tangan, membiarkan kami tertanya2...
Kebajikan sahabatku aku anggap terabai dengan sikap mereka2...

Jujur aku rasa, tanpa sahabat2 yg lain yg byk membantu tak mungkin kami mampu...
Tak mungkin kami mampu untuk selesaikan..
Terima kasih sahabat...
Sanggup bersusah payah...
Sanggup mengambil risiko...
Sanggup berdepan segalanya...
Aku harap kalian semua mendapat Redha Allah...
Mendapat berkat dari kebaikan yg kalian hulur...
Itu doa aku buat kalian yg membantu...
Membantu aku untuk mengambil risiko tersebut...
Risiko yg terpaksa diambil demi kebajikan sahabat kita....

Pihak yg sepatutnya bertanggungjawab
yang sepatutnya lebih mengetahui
yang sepatutnya lebih memahami karenah birokrasi
yang sepatutnya berada bersama kami2
untuk mempermudahkan segala urusan
ternyata lebih mengambil pendekatan mendiamkan diri...

Aku kecewa
aku kecewa sbb dalam diri kalian yg sepatutnya bertanggungjawab
yang sepatutnya punya rasa perikemanusiaan
membuat tindakan yg sebegitu...
tunggu dan terus menunggu...
Hanya bijak berkata2
Hanya menjenguk sekadar tunjuk muka
Hanya duduk diam tanpa sebarang bicara
Tanpa sebarang tindakan yg dibuat
(kalau buat pun mungkin dah lambat bagi pendapat aku)

Tapi bila risiko yang kami ambil
mendatangkan kebaikan buat sahabat kami
Anda2 semua baru terhegeh2 tampil kedepan
Tampil untuk bersuara
Tampil sebagai hero/heroin penyelesai masalah
Tampil mungkin utk mendapat nama (wallahualam)

Kami biarkan
Aku bersama mereka2 yg bertungkus lumus ambil risiko tersebut
sekadar membiarkan...
Membiarkan mereka2 pula yg mengawal keadaan...
Membiarkan mereka2 pula yg kononnya membuat segala-galanya...

Kami senyum
Hanya mampu tersenyum...
Bukan kerana melihat gelagat kalian2...
Yang kononya telah berjaya menyelesaikan...
Kami senyum kerana risiko kami ambil berhasil...
Sahabat kami dihantar pulang...
Tanpa menyusahkan pihak yg sepatutnya pun
Kami puas...

Syukur padaMu Tuhan Yang Satu..
Kau telah mempermudahkan urusan kami semua...
Dengan musibah yg Kau beri utk sahabatku
Telah banyak memberi kebaikan berbanding keburukan...
Aku lebih mengenali mereka yg berada disekelilingku...
Aku lebih mengenali siapa kawan siapa lawan aku...
Aku lebih mengenali dunia yg penuh kepura-puraan...
Aku lebih mengenali dunia masa kini yg penuh dengan lakonan...
Aku lebih mengenali mereka yg punya hati yg ikhlas...
Aku lebih tahu siapa aku
Lagi sekali ku panjatkan syukurku padaMu Allah...

Semoga sahabatku yg ditimpa musibah diberi kesihatan yg sempurna...
Semoga sahabatku yg membantuku dikala aku susah mendapat redha Allah...
Semoga semua yg menyayangiku dan sentiasa menyokong terus berada dibawah lindungan Allah...
Hanya doa yg mampu kuberi...
Buat jasa yg kalian curahi...
untuk diriku yg masih mempelajari...
masih belajar erti kehidupan yg sebenar...
yang masih banyak ranjau berduri...
Semoga kita semua mampu menempuh..
serta hidup dengan redha ILLAHI... In Sha Allah... :)

01.04am (4/4/13)
~ikhlas dari hati~


1 comment:

chui ™ said...

:) awk :) best !
just sila tukar font tulisan biji2 mta sy mbcanya "_