Sunday, May 19, 2013

Aku Manusia Biasa

Salam Alaik...

Aku Manusia biasa...
Semua manusia kat atas mukabumi Tuhan ni sama ja...
Punya hati, Punya jiwa, Punya rasa...
Yang membezakan cuma jenis darah, jenis bangsa, jenis agama...
Semua sama sahaja... Makhluk Tuhan Yang Maha Kuasa...
Ciptaan terunggul-Nya kerana manusia di kurnia akal...
Akal yang mampu menyebabkan manusia berfikir...
Berfikir tentang yg mana kebenaran dan yg mana sebaliknya...
Macam aku selalu ckp manusia semuanya sama...
SAMA...

Aku masih aku...
Sedikit pun tak pernah berubah...
Sesungguhnya aku mahu berubah, menjadi yg lebih baik...
Menjadi yang taat pada sang Pencipta...
Menjadi yang setia pada mereka yg melahirkan dan membesarkan...
Menjadi yang kasih pada mereka yg mengasihi...
Menjadi yang jujur atas ikatan persahabatan...
Menjadi pemimpin yang mampu memimpin pengikutnya...
Menjadi yang lebih baik...Itu yang pasti...

Aku mohon pada Tuhan...
Supaya memberi lebih hidayah, supaya lebih terang & tenang hati ini...
Aku mohon pada Tuhan supaya dipanjangkan umur, supaya mampu membalas jasa mereka yg pernah menabur bakti kepadaku...
Aku mohon pada Tuhan supaya dimurahkan rezeki, supaya tercapai hajat untuk pergi melawat negeri kelahiran para Nabi...
Aku mohon pada Tuhan supaya memberi kesihatan yang baik kpd mereka2 yang amat aku kasihi...
Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha pemurah lagi Maha Pemberi...

Aku mahu bercerita soal hati...
Hati yg secara zahirnya tampak hebat..
Penampakan yg begitu bersemangat..
Yang kononya sangat berkepemimpinan...
Yang secara literasinya tabah dan kuat...
Namun, hati ini...
Secara batinya hanya Tuhan yang mengetahui...
Secara nuraninya sangat lemah...
Secara dalamnya tidaklah sekuat mana...
Kerana aku manusia biasa...

Sedih bercampur Kecewa...
Itu yang bermain dalam hati ini...
Bila kepercayaan diberi sepenuhnya...
Bila ku terlalu mengharapkan...
Bila ku mempertaruhkan semua...

Silap...
Itu silapnya diri aku...
Sebab aku terlalu degil, terlalu yakin dan terlalu mengharap...
Namun aku bersyukur sebab masih ramai yg berdiri dibelakangku..
Masih ramai yang memberi semangat kepadaku...
Masih ramai yg sudi memaafkanku...
Diatas kesilapanku dalam pemilihan beliau...

Mungkin ada hikmah...
Hikmah disebalik semua yg terjadi...

Selepas apa yg terjadi...
Aku lebih kenal sifat beliau...
Aku akan lebih berhati2 dalam mengenali hati budi...
Aku akan lebih faham keadaan sekeliling...
dan yang pasti...
Aku bersyukur kerana masih ada mereka2...
Mereka2 yang bersamaku dalam barisan kepimpinan satu ketika dahulu...
Mereka2 yang kuanggap lebih dari sekadar teman dan sahabat...
Mereka2 yang bersama denganku dikala suka dan duka...
Satu yang kupinta dari mereka2...
Supaya ukhwah yg dibina kekal selamanya...

Akhir kalam penulisan...
Aku minta maaf kepada semua...
Aku minta maaf andai keputusanku dulu memberi impak yg terlalu luar biasa...
Aku minta maaf andai kata2 aku dahulu buat kalian terasa...
Aku minta maaf andai perilaku dan gerak tubuh aku buat kalian menyampah...
Aku minta maaf kepada semua andai kerana keputusanku kalian semua berasa kesannya...

Sumpah...
Atas nama Tuhan yg satu...
Aku menyesal atas semua perbuatanku yg terdahulu...
Aku menyesal atas semua yang berlaku...
Aku sangat terkilan atas perbuatanya terhadap diriku...
Aku sangat berasa hati atas perbuatanya terhadap barisan kepimpinanku terdahulu...
Aku sangat kecewa kerana beliau bertindak sebegitu...
Sungguh...aku sangat terkilan...
Sekali lagi mahupun selamanya...
Aku akan tetap terus meminta maaf...
Meminta kemaafan daripada semua...
kerana dalam hal ini...
Aku sedar...Aku yg bersalah....

Aku mohon kemaafan dari kalian...
Maaf
_ikhlas dari hati_





Wednesday, April 3, 2013

Musibah dan Muhasabah...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Aku mula entry aku kali ni dengan selawat & salam kepada Junjungan Tinggi kita Nabi Muhammad SAW...
Salam buat Keluarga tercinta...
Salam untuk mereka2 yg pernah memberi ilmu padaku...
Salam buat manusia yg kuanggap teman...
Salam untuk yg sentiasa memberi sokongan... :)
Salam juga buat semua yg membaca...
Aku doakan kalian sentiasa dibawah Lindungan Yang Maha Kuasa...

Kali ni aku nak share satu benda yg membuat hati aku tersentuh...
Berkisah tentang sahabatku yg ditimpa musibah...
Musibah yg sangat berat buat dia dan keluarganya...
Keluarganya berada jauh di Borneo namun masih sebahagian Malaysia...

Terkilan!!!
Tu ja yang mampu aku taip...
memandangkan itu juga yg aku rasa waktu itu...TERKILAN
Pihak yg sepatutnya mampu untuk membantu...
Mampu untuk membuat apa sahaja...
Mampu untuk mencari jalan atau ikhtiar yg lebih mudah...
Seolah2 mengambil mudah, melepas tangan, membiarkan kami tertanya2...
Kebajikan sahabatku aku anggap terabai dengan sikap mereka2...

Jujur aku rasa, tanpa sahabat2 yg lain yg byk membantu tak mungkin kami mampu...
Tak mungkin kami mampu untuk selesaikan..
Terima kasih sahabat...
Sanggup bersusah payah...
Sanggup mengambil risiko...
Sanggup berdepan segalanya...
Aku harap kalian semua mendapat Redha Allah...
Mendapat berkat dari kebaikan yg kalian hulur...
Itu doa aku buat kalian yg membantu...
Membantu aku untuk mengambil risiko tersebut...
Risiko yg terpaksa diambil demi kebajikan sahabat kita....

Pihak yg sepatutnya bertanggungjawab
yang sepatutnya lebih mengetahui
yang sepatutnya lebih memahami karenah birokrasi
yang sepatutnya berada bersama kami2
untuk mempermudahkan segala urusan
ternyata lebih mengambil pendekatan mendiamkan diri...

Aku kecewa
aku kecewa sbb dalam diri kalian yg sepatutnya bertanggungjawab
yang sepatutnya punya rasa perikemanusiaan
membuat tindakan yg sebegitu...
tunggu dan terus menunggu...
Hanya bijak berkata2
Hanya menjenguk sekadar tunjuk muka
Hanya duduk diam tanpa sebarang bicara
Tanpa sebarang tindakan yg dibuat
(kalau buat pun mungkin dah lambat bagi pendapat aku)

Tapi bila risiko yang kami ambil
mendatangkan kebaikan buat sahabat kami
Anda2 semua baru terhegeh2 tampil kedepan
Tampil untuk bersuara
Tampil sebagai hero/heroin penyelesai masalah
Tampil mungkin utk mendapat nama (wallahualam)

Kami biarkan
Aku bersama mereka2 yg bertungkus lumus ambil risiko tersebut
sekadar membiarkan...
Membiarkan mereka2 pula yg mengawal keadaan...
Membiarkan mereka2 pula yg kononnya membuat segala-galanya...

Kami senyum
Hanya mampu tersenyum...
Bukan kerana melihat gelagat kalian2...
Yang kononya telah berjaya menyelesaikan...
Kami senyum kerana risiko kami ambil berhasil...
Sahabat kami dihantar pulang...
Tanpa menyusahkan pihak yg sepatutnya pun
Kami puas...

Syukur padaMu Tuhan Yang Satu..
Kau telah mempermudahkan urusan kami semua...
Dengan musibah yg Kau beri utk sahabatku
Telah banyak memberi kebaikan berbanding keburukan...
Aku lebih mengenali mereka yg berada disekelilingku...
Aku lebih mengenali siapa kawan siapa lawan aku...
Aku lebih mengenali dunia yg penuh kepura-puraan...
Aku lebih mengenali dunia masa kini yg penuh dengan lakonan...
Aku lebih mengenali mereka yg punya hati yg ikhlas...
Aku lebih tahu siapa aku
Lagi sekali ku panjatkan syukurku padaMu Allah...

Semoga sahabatku yg ditimpa musibah diberi kesihatan yg sempurna...
Semoga sahabatku yg membantuku dikala aku susah mendapat redha Allah...
Semoga semua yg menyayangiku dan sentiasa menyokong terus berada dibawah lindungan Allah...
Hanya doa yg mampu kuberi...
Buat jasa yg kalian curahi...
untuk diriku yg masih mempelajari...
masih belajar erti kehidupan yg sebenar...
yang masih banyak ranjau berduri...
Semoga kita semua mampu menempuh..
serta hidup dengan redha ILLAHI... In Sha Allah... :)

01.04am (4/4/13)
~ikhlas dari hati~


Wednesday, March 13, 2013

Lillahi Ta'ala

Salam Alaik~

Lama sangat dah tidak terjebak kat alam ni...Alam bloggers...
Cuma hari ni dapat insipirasi nk berkarya lagi, dapat sumber untuk penulisan, dapat ilham dalam mimpi semalam... Kali ni kali pertama aku publickan nukilan ikhlas dari hati ni... Sebelum ni setiap posting2 aku yg terdahulu aku tak publish kat umum. Hanya mereka2 yang kenal hati budi aku ja aku share link blog ni... Kalau yg terjumpa jugak dan pernah terbaca jugak nampak sangat kot stalk aku ( hahaha perasan famous sat)... Tapi betul!!! Ini yang pertama aku publish untuk umum... Sebab aku nk share yang benda yang aku tahu Kau tak pernah tahu, benda yg mereka2 bercakap aku tak ambik tahu sebab aku letak harapan tinggi kat Kau...tapi harini harapan, kepercayaan tu hilang.. Konfem hilang!!!

Aku jenis manusia berprinsip. Aku jenis manusia yang degil. Aku punya rasa,aku punya suka,semua perkara yang berkenaan aku hanya aku saja yang tahu.. Kau tak tahu sebab kau belum sempat mengenali aku..

Keputusan aku buat dulu untuk Kau ternyata salah. Mereka2 berulang kali suruh aku pikir balik, mintak aku ubah semua tu, mereka2 tidak pernah setuju dengan aku.. Tapi macam aku cakap aku manusia berprinsip dan prinsip aku memang gila.. Sekali aku kata YA aku tak kan kata TIDAK... Mereka2 yg lain pernah berbicara tentang Kau, semua yg mereka anggap tentang diri Kau.. Mereka2 bercerita dan bercerita... Lagi sekali aku ulang aku manusia berprinsip.. Aku degil. Aku abaikan semua. Aku harapkan Kau. Aku percayakan Kau. Sebab bagi aku aku percaya manusia mampu berubah. Betul pandangan aku, manusia memang mampu berubah. sebagai contoh : Kau berubah... dan aku sangat terkilan...Sangat...

Orang yg aku harapkan, orang yg aku percaya, orang yg aku bangga2kan dulu kini hilang adabnya dengan mereka2 yg bersama aku dalam kepimpinan satu ketika dulu. Aku jenis manusia yg tak pernah kisah dengan pangkat,usia,mahupun gelaran.. Tapi aku sangat marah sangat kecewa kalau seseorang itu hilang adabnya sesama saudara Islam. Hilang adabnya hanya sebab gelaran yg dibawa lebih tinggi.. Prinsip aku mudah. ATTITUDE... Kami2 hanya memerhati dan sekali lagi Kau membuktikan yg Kau memang berubah sepenuhnya ...

Aku tunggu..Aku tunggu lagi, aku sabar sebab bagi aku sabar itu Indah...terserempak,berjumpa..Tapi Kau masih Kau.. Berubah.. Tu ja yang aku mampu ungkapkan bila nampak Kau.. Aku senyum ja sebab bagi aku sia2 kalau aku marah.. Aku bukan siapa2 lagi... Aku sedar semua tu.. YA aku setuju dengan mereka2... Aku silap. Aku silap sebab bagi peluang tu.. Aku silap sebab terlalu harapkan Kau.

Khas untuk Kau
Aku Halalkan ilmu yang aku kongsi dulu,
Aku Maafkan semua yg dah berlaku,
Aku Doakan kejayaan kepimpinan baru,
Aku mintak halal kalau pernah makan duit ringgit kau dulu,
Aku pun mintak maaf kalau pernah terkasar,terguris perasaan kau,
Aku mintak maaf atas semua yg pernah terjadi antara kita,
Aku mintak maaf atas segala2nya...
Tapi aku tetap tak boleh jadi macam dulu,
Sebab aku punya hati tak semulia orang lain,
Mungkin aku juga perlu berubah, berubah menjadi yang lebih baik,
Tapi yang pasti bukan sekarang, Pasti...
Lillahi Ta'ala semua yang aku buat niat aku kerana Allah SWT...

Aku tak pernah kisah apa orang nak cakap pasal aku,
Aku tak pernah ambik tahu pasal hal orang lain,
Tu cara aku, prinsip aku..
Aku memang aku...
Kalau baik dengan aku, baikla aku,
kalau jahat dengan aku , jahatla aku,
konsep yang mudah, prinsip yang gila..
Yang kenal hati aku mesti tahu cara aku...

Panjang pulak entry kali ni
buat yg baru nk baca jangan terkejut kalau bahasa aku guna berbeza dgn cara aku berkata2,
sebab sejak azali aku memang budak sastera,
tapi rezeki kat sini kena tukar aliran yang berbeza,
aku pasrah sebab Tuhan tu kan Maha Kuasa,
Dia tahu apa yg terbaik untuk HambaNya...

~Ikhlas Dari Hati, Assalamualaikum~

Friday, June 8, 2012

Perasaan dari hati~

Salam sejahtera to all readers + stalkers2 sekalian...^^
benda yg nk diluahkan kali ni x da la penting sgt,but maybe penting bgi sesetngah manusia yg sangat2 mementingkan special relationship between human...
nk dijadikan story mory ni i nk story pun cm malas jek kan...not becoz im not the one who cares about relationship among human tapi cm malas nk peduli sbb banyak lagi impian dan cita2 yg perlu dikecapi..
hahaha bunyi cm azam + cita2 tinggi tapi mmg tinngi pun..cuma x nk la berangan tinggi sangat kan sbb takut jatuh nanti sakit pulak...haishhh~


cerita bermula ke alkisah dari ke or ikhlas dari sudut hati yg paling tersorot dalam hati kan actually sedih la dengan remaja remaji,or teenagers or mereka2 yg semakin membesar ni kan... bukannya sedih pasal mereka2 semakin membesar tpi sedih dengan mereka2 yg terlalu obses mengejar benda yg manusia cipta that is ~cinta~ Bukanlah menjadi satu kes atau kesalahan sehingga seseorg itu boleh dijatuhkan hukuman mandatori jika terjebak dengan alam percintaan but at least be more matured and think more wisely about your future la dude!!!... let me tell u dengan menggunakan bahasa2 yg indah (indah la kot,ntah aku x pandai sangat sbb dari kecik smpai la besar saiz sekarang ni pendedahan terhadap bahasa kebangsaan kita ni @ bahasa melayu kurang sangat..so harap korg x kisah la kalau kata2 tidak seindah biasa ^^


ramai yg sanggup membuat apa sahaja demi cinta,
hebatnya cinta sampai seseorang itu boleh lupa segala-galanya,
bukannya aku bercakap sebagai orang yg tidak pernah merasa apa itu maksud cinta,
cuma bagiku cukuplah dosa2 ku yang dulu hanya kerana cinta,
sesungguhnya cinta sejati itu hanya pada Tuhanku...
aku bersyukur kerana diberikan petunjuk olehMu...
Alhamdulillah kini jika cinta itu datang kembali biarlah supaya ia menemui cintaMu dahulu...


Ya Allah betapa hebatnya manusia mengaggungkan cinta,
sehingga sanggup meninggalkan keluarga,
sehingga sanggup menggadaikan maruah,
sehingga lupa pada tuntutan agama,
sehingga terpesong dari tujuan utama,
sehingga sanggup meninggalkan segala-galanya,
hanya kerana mengikut kata hati supaya terus mengejar
c.i.n.t.a


Aku juga tidak terkecuali dari mengejar cinta,
namun erti cinta bagiku sedikit berbeza dari mereka2,
cinta yg kukejar sesungguhnya cinta pada Yang Esa,
cinta pada RasulNya
cinta pada mereka yg telah melahirkan,mendidik serta mebesarkanku,
cinta pada ahli keluarga yang sentiasa disisi tiap masa dikala aku memerlukan mereka,
cinta pada sekumpulan manusia yang kuanggap teman buatku,
cinta pada kegilaanku terhadap cita2..
juga sebagai manusia biasa yang mengejar cinta pada kemewahan dunia...
dan jika sekali lagi aku dipertemukan dengan cinta sesama insan,
maka biarlah cinta tersebut selari dengan cinta pada yang satu...


Ya Allah,
aku memohon kepadamu,
jauhkanlah mereka yang disekelilingku dengan godaan dunia yg digelar "cinta nafsu"
lindungilah mereka supaya sentiasa berada dijalanMu...










~ikhlas dari hati~



Saturday, May 12, 2012

Sabar Itu Indah

Sabar itu indah...
salam to all readers and peace to be with all of u IsyaAllah...


Lama x jejak alam bloggers...time pagi2 yg sayu ni nk buat luahan perasaan yg ditanggung selama ni...


This feeling is not the same feel like the oldest one...not because the stupid insidence that i've with that person but i'm just relize what am i suppose to find here...yes it is important to have such a great soft skill for me to enter my "great future" insyAllah...but it is too stressful working with this surrounding...with a person who dont apreciate at all what we have done... bukan nk  mengungkit pun apa yg dah dilakukan previously,but at least please thankful and not just judging...


Kadang2 x mampu tertahan...I'm really thank to Allah for giving me such a great team to work with... I've a brother to guide us and of course i have them my freinds who always support and give their full commitments...(walaupun kadang2 menyakitkan hati tapi tu normal la kan adat manusia ada pahit ada manis) so i will only ingat yg manis and i will throw away semua yg pahit that happen between us...


Sometimes ada jugak terpikir nk lari je jauh2 dari semua benda ni...tapi there are always ada benda yg aku terpikir...maybe rasa tanggunjawab dan amanah kot... Seriuosly aku dah rasa fed up dan terbeban dgn benda ni semua... And i've made up my mind i want to stop all this nonsence...


Sumpah aku sayang semua yg ada dekat aku sekarang ni...tapi aku lebih memikirkan masa depan...study aku yg dah tunggang langgang sebab benda ni semua...tujuan utama aku datang sini pun dah terpesong sebab benda ni...korg2 pun aku sayang nk lepaskan sebenarnya...sebak gila time taip entry ni...tapi nk buat cmna... kata org kalau kita sayang satu2 benda tu kita kena let it go kan~...so im doing the same thing....


Brother yg selalu ada time susah senang~
Pali yg kadang2 menyakitkan hati tapi that the best thing ever part keja dgn dia...
Fika yg fully commitment and my best friend ever...
wani 1 and wani 2...tq girls for always there with me...
Raihan inteligence girls ever...
Ayu memang ayu sungguh!!!...haha
Fauwaz and Fikri...kanak2 riang...sunyi kalau x da korg!!!
Mingchia,seng,pang,joann jay loon seronok keja dgn korg...:)
Love all of u...
dah nangis dah ni~ huhu


Tiada manusia yg tidak inginkan kebahagiaan dalam hidupnya.
Tapi, pelangi sendiri tidak akan datang tanpa hujan sebelumnya.
Lumrah hidup, tanpa tangisan dan kesusahan tidak akan ada kebahagiaan dan keseronokan utk dikecapi.
Percayalah, hidup ini sebenarnya indah. Cuma kadang2 Allah menguji kita utk tahu sejauh mana kita mampu bertahan.
Bersabarlah...

~i get this from brother...tq brother...tpi tetap x mampu 



mengubah apa2 kenyataan yg telah

dikeluarkan sebelum ni~



Maaf tu je perkataan yg mampu aku keluarkan ikhlas dari hati~ 



Sunday, March 25, 2012

lama siotttt....

bila tgk tarikh harini dgn tarikh entry sebelum....
fuhhh lama kot x update....
kali ni saja2 syiokkk tgn gatal nk taip pluss x dak keja...usha2 blog2 kawan2,teman2,musuh2..hahahaha lama kot x memblog....
anywy lupa pulak assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua ....selamat membaca kisah hidup,
nukilan ikhlas dari hati~...

Wednesday, January 11, 2012

Andai belum tiba masanya...Jauhkan aku Ya Allah...

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen..

Tuesday, January 10, 2012

~cukuplah hanya Tuhan sahaja mengetahui~

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!



“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.”

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.


Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya cintanya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan...

“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.


Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan menimbun atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya...

“Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.”
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

P/S: Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.
Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu…

Thursday, December 29, 2011

Terima Kasih Tuhan

salam to all readers...
syukurku dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dgn izinNya juga semua urusanku harini dipermudahkan... Alhamduillah~


first sekali mlm before submit assignment BKAL(business accounting)...memang x minta langsung la kan dgn subjek ni...last2 minit dapat individual assngment...memang blurr habis...malam before submit tu nasib la kan ada gak yg sudi membantu dalam penyumbangan jawapan...sangat terharu...buat benda tu sat ja...stay up sampai pagi so kami boleh study sikit utk final nanti...tq sahabat sbb ada disaat aku dalam kesusahan....


nk dijadikan cerita dah nama pun x tido sepanjang malam...pagi yu memang tidak sedarkan diri la kan~ tapi disebabkan mind set dah ckp pkul 9 kena bngun nk kena hantaq before 12 noon...nasib baik la kekentalan jiwa ni kuat la jugka kan...hehe dapat gak abngun pkul 9 tu...dgn mata yg memang x ley nk buka dah...terus ke lab nak print assingment...alang2 terus sign surat kelulusan utk projek sulung ku...huhuhuh memang dah jadi tradisi kot selalu time sign syrat2 penting mesti dalam keadaan mengantok...


settle print and sign tu....then trus pegi bilik kawan mintak tolong hantarkan sekali...sebab memang x berdaya nak p dah...balik bilik sat siap2 then nk pegi HEP utk surat keluusan projek yg sudah 2 minggu lebih tertunda... Alhamdulillah lulus jugak akhirnya...dugaan banyak sungguh utk projek kali ni....maybe because ni first time i handle projek besar kot...cuak gak surat kelulusan x dapat setelah sekian lama....


berkat kesabaran setelah sekian lama akhirnya lulus gak... *tanpa kena marah or tengking dari pihak HEP*..hehehe sebab selalu mesti ada yg akan kena marah kat situ...seterusnya perjalanan diterusakn lagi dengan terus ke jabatan bendahari...mintak surat pelepasan cukai pulak...kat situ pun alhamdulillah dipermudahkan jugak...smooth ja smua...juga tanpa dimaahi oleh sesiapa kat sana...


balik dari settle semua kerja apa lagi kan...qada tido sampai petang...malam pulak w'pun still letih terpaksa jugak attend meeting first dgn semua peserta...Alhamdulillah jugak sekali lagi sebab semua berjalan lancar...
syukur sangat2 harini hati sangat tenang :)....terima kasih Tuhan


P/S: mungkin sebab kalau kita ikhlas dengan sesuatu benda tu Allah akan permudahkan dan tunjukkan jalan yg terbaik untuk kita....a lot of thanks jugak to all my friends yg membantu dalam kelancaran hariku hari ini...bermual denagn qila n liza ( tolong dalam assignment), fika n wani azmi (S/U projek sulungku), hanani(tolong hantarkan assignment...lastly to all AJK and MT yg support...tq gak to kwn2 yg memberi semangat...luv uolls.....

Friday, December 16, 2011

~aku berpegang pada janji~

Ingin ku katakan sesuatu, perasaan hatiku...tidak kan pernah aku mungkiri semua janji...
kini aku redha...kini aku terima...andai itu amanah yg diberi...aku pasrah...
berat hatiku dulu,
bebanan yg ditanggung dulu,
kini terasa tanggungjawab dihati,
amanah yg diberi aku jalankan dgn perasaan
ikhlas dari hati~


Namun satu perkara yg ku pegang sebagai janji...
hanya Tuhan sebagai saksi...


Aku takut untuk mengambil tanggungjawab itu,
aku takut tidak terlaksana amanah itu,
aku takut menerima takdir itu...


kini,
aku harus tahu...aku tetap aku
punya keluarga yg sentiasa dihati,
punya kawan2 yg sentiasa dikanan dan kiri,
punya tanggungjawab yg amat besar yg harus aku genggami...


Amanah itu akan aku jalankan sebaik mungkin..
itu adalah 1 janji
amanah itu akan aku laksanakan setulus hati
itu juga adalah 1 janji..


aku mahu kalian tahu bukan mudah untuk aku membuat keputusan ini,
bukan mudah untuk aku menerima tanggungjawab ini,
bukan mudah kerana aku insan yg punya banyak kelemahan...


aku melakukan ini bukan kerana nama,
bukan kerana pangkat dan kedudukan,
bukan kerana inginkan penghormatan,


aku mahu kalian tahu
aku tidak memerlukan semua itu
aku senang dengan kedudukan ku kini
punya teman dan sahabat disisi
keluargaku tetap tersemat dihati


kini aku hanya
~ Mengharapkan redha dari Illahi~

Tuesday, December 13, 2011

::::::~~ombak rindu~~::::::

salam to all readers...
nk story kat uols semalam i pergi tgk ombak rindu with some of my friends...actually niat masa mula2 nk outing tu saja ja nk bawak diorg jalan2 menghilangkan stress dan sakit dihati...well dekat nak habis sem ni memang time utk sakit pun...dengan assignment bertimbun keja pulak datang bergolek2...tak payah nak membayangkan la betapa peritnya bila dah sampai hujung2 semester ni...


so nak dijadikan cerita kami pun outing la...dah semua ready2 standby dalam kereta tiba2 my freind ni dia ckp jom jalan kat jitra...boleh tengok ombak rindu...aku on ja...sebab memang teringin siot nak tengok tapi x sempat kan dengan assignment yg banyak...so di kesempatan itu jugaklah kami pun tengok ombak rindu tu...novelnya memang aku baca berulang kali (maybe ada org x percaya yg aku ni memang suka baca novel atau lebih dikenali sebagai pengila novel)...tapi ramai yg akan cakap nampak brutal tapi baca novel....hahahaha bagi aku x salah beb!!! aku tak nampak kat mana salah bila aku nk membaca novel ni...so persetankan apa yg org nak cakap....ditambah lagi kalau kita asyik pikir apa yg org cakap kat kita ni sampai bilapun x habis...jadi biarkan sahaja mereka dengan kata2 mereka....aku lebih suka memikirkan tentang org2 yg disekeliling ataupun yg rapat dengan aku jak....yang lain lantak p kat hampa la...ada aku kisah!!!


serius xcited sangat2 nak tgk ombak rindu...namun x kuduga ceritanya sangat boring.....seriuosly boring gila...and dalam cinema tu pun ada yg kluar sebelum habis cerita uols....nampak sangat memang boring....TETAPI....hahahah the interesting part kawan aku nangis dowh.....tak paham aku...aku tak nampak dimana kesedihan dimana part yg boleh menyentuh jiwa meuntun sanubari....serius aku x paham why diorg nangis.....jiwa tersentuh kot????maybe la....sebab hati manusia ni lain2..^^ so x pa kalau korg nak nangis pun nangis la.....hahahahahahahah aku pulak mampu gelak je lah.....


penat outing semalam sampai aku tido awal kot....badan terasa sangat letih tapi hati rasa sangat happy bila diorg dah x stress lagi...


:::::::selamat pagi malaysia:::::::
:::::::::::::blog ni diupdate time aku baru bangun tido:::::::::::::::::

Sunday, December 11, 2011

~lama x merapu~

salam sejahtera...
lama x update blog kan...ada sebab musabab kenapa blog ni x diupdate...kadang2 rasa mcm tempat utk berfeeling ni selalu diganggu...terima kasih kpd semua stalker2 terhebat abad ini....
mesti korg akan cakap kalau x nak bagi org baca x perlu la ada blog...kan3????
facebook dan twitter saya aalah terlalu umum utk public...kan situ ramai senior junior cikgu, kawan2, sahabat2 teman2, musuh2, yg memerhati secara jauh dan dekat....seriusly aku x paham apa yg korg nk tahu....
perlu ke nk stalk berbagai...haha ramai x tahu rasia ni tapi ni aku nak habaq aku tahu cara bagaimana utk mengetahui siapa yg stalk anda....tapi cm malas ja nk kongsi ilmu....kedekut sikit harini....hahahaha
lagipun mood sedang diombak rindu sekarang ni....memang x da mood langsung utk sepanjang minggu ni,minggu depan dan mungkin minggu2 seterusnya....


malas da nk update pasal kehidupan seharian...rasa mcm mau tinggalkan dunia blog ni...
bye uols...<semoga hari anda diberkati oleh Tuhan yg Maha Esa>

Wednesday, November 30, 2011

Yes or No

kadang2 x semua yg kita nak kita boleh dapat...and the most thing yg kebanyakkan manusia takut terjadi is melaksanakan amanah yg diberi...
seriusly bukan aku x sayang...just that aku takut aku x mampu...walaupun aku tahu ramai yg support ramai yg sentiasa ada x kira kat mana aku berdiri....tapi this thing is all about myself...
aku takut x dapat menjadi spt yg diharapkan....
aku takut membuat lebih ramai org kecewa...
aku takut menerima amanah yg terlalu besar...


aku mohon diberikan petunjuk...
aku mohon diberi kekuatan...
aku mohon dikurnia kesabaran...
aku mohon diberi kesempatan...
aku mohon kesabaran kalian....


andai itu yg telah ditakdirkan aku...
masih terlalu banyak yg perlu difikirkan...


p/s : rasa mcm nk berlari pulang ke penang...tapi aku tahu lari dari masalah x kan dpt menyelesaikan apa2...
       biar masa yg menentukan segalanya...


~biarlah utk sementara waktu kini aku lebih senang sendiri~

Sunday, November 27, 2011

~ Aku Cinta ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera~ first of all salam maal hijrah selamat tahun baru kpd semua :) semoga tahun baru ni mmberi lebih byk kebaikan kpd diri kita semua~ aminn :)

entry ni ditulis waktu jiwa tgh kacau...seriusly this feeling that ive tried to throw far away from myself datang balik pulak...begini ceritanya...seriusly i have my own life prinsip...x tahu la korang ada ka x but to me ive decided to not accept love from a human being that Allah created to be Khalifah in our world...
poyo jer bunyi kan but serius aku jenis manusia ada prinsip,ada disiplin and hala tuju hidup...even aku dah plan for my future 6 years from now...well kita hnya mampu merancang Tuhan yg menentukan segala-galanya...
why must he comes again??? mengganggu keharmonian hidup aku sekarang ni...dah cukup bahagia skrg ni tanpa dosa2 bercouple dan dosa sayang menyayangi antara bukan muhrim ni... ive stop all that things before i entered Uni life...seriusly...but why now??? Astarfirullahalazim...Ya Allah tetapkan hati hambamu ini supaya cinta pada cinta yg kekal abadi...jangan biarkan diriku terpesong dgn suka dan senang didunia... Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim sesungguhnya Engkau Tuhan yg satu...aku memohon agar diberikan petunjuk supaya tetap diredhai olehMu...
Jika benar dia ditakdirkan untuku maka tetapkan hatinya dgn hatiku...tetapi jika dia bukan utkku maka berilah jodoh yg lebih baik utknya kerana aku tahu Engkau Tuhan yang maha Mengetahui mana yg baik dan mana yg tidak....
Sesungguhnya hadir dirinya dalam hidupku dulu langsung tidak memberi makna...walaupun dia satu2nya yg buat aku tersenyum sendiri bila memikirkannya...aku mencari seseorang yg mampu memimpin diri aku yg sangat cetek ilmu...aku mencari seseorg yg amat mementingkan kesederhanaan dalam kehidupan...dan aku mencari seorang yg boleh menjadi imam kpd keluargaku nanti...
Aku tahu dia yg hadir dalam hidupku tidak seperti semua yg kuinginkan...Ya Allah jika benar Engkau takdirkan dia dgn diriku maka berilah hidayah serta petunjuMu kpd dirinya...semoga dia bakal menjadi seorg ketua kekuarga yg berjaya kelak...

~aku lebih senang sendiri~ maaf ikhlas dari hati

Aku cinta bukannya disengaja
Jauh dari wasangka
Dekatkan hatinya


Aku cinta bukan dibayang mata
Jauh dari bahasa
Dekatkan ertinya

Memang cinta ada dalam jiwa kita



Monday, November 21, 2011

HARIMAU patahkan sayap GARUDA

BOLA!!!...........pagi ni bangun pagi x da suara dah...huhuhuhu semalam 21.11.2011 sekali lagi HARIMAU MALAYA mencipta kemenangan dengan mengalahkan GARUDA....kali ni MAS just hantar skuad bwh 23 kot...yg muda2 belaka..SEA games kali ni berjaya dapat emas lagi :) tahniah semua....


ni baru nak mula cerita...semalam ptg check kat bilik TV rupa2nya pejabat x byr lagi bil ASTRO..agak mengamuk jugak la ptg tu...inisiatif awal kami ambik iaitu pinjam kad astr blok lain...Blok lain x layan sangat kot bola...blok aku ja semua dak2 pompuan kat sini gila bola...hahaha...


Game strt pukul 8.30...ramai gak yg tgk bola dgn aku semalam..senior junior semua duk sekali tgk bola....hahahaha yg x kenal pun boleh buat2 kenal...yg x rapat pun boleh jadi rapat..semua sebab BOLA....itulah hebatnya sebijik bola....senior blok lain pun ada yg join gak... masa game dah start kami semua sangat2 bersemngat...tpi semangat tu jatuh saat minit keempat...Indonesia dah gol dulu kot...tapi x lama la lepas 30 minit main MAS pulak bagi gol...serangang byk sebelah MAS kot semalam....


Hero malaya captain Badrol Bakhtiar...alamak mcm jatuh cinta la pulak :) sgt macho + sweet.... eventhough x kenal pun....hahahaha suka tgk dia semalam....last score kot utk penalti..... suara habis kot menjerit2 semalam... dah lama tengok bola tapi ni first time tgk bola dan sangat best :)


dah x taw nk tulis pa....entry kali ni just pasal BOLA...dan saya sokong harimau malaya...luv u badrol bakhtiar...hahaha tiba2 ja >3>3>3


 my hero (utk semalam la)hahaha

Sunday, November 20, 2011

Blogger VS Vlogger

salam...and HOLO....hahaha apehal lak aku buat entry mcm ni kan...mesti u ols pelik...nak share sumting la today kan info utk hari ni 20.11.2011 tarikh harini hanya berlaku sekali sepanjang zaman...and hari tu 11.11.2011 berlaku sekali setiap 1000 tahun....Alhamdulillah aku masih bernyawa dan diberikan kesempatan utk bertaubat kpd pencipta seluruh alam Allah swt....okay habis part info...


Tajuk entry kat atas blog vs vlog...hehe sejak akhir2 ni rajin pulak aku layan video2 yg kat youtube tu...sampai aku terpanggil utk create youtube account kot...supaya memudahkan aku utk menglike dan mengcomment apa yg diupload....serius aku sangat2 like minah sorang ni...gaya percakapan dan style yang sangat sempoi...maybe aku tgk dia pas tu aku terinagt kat diri sendri kot....^maybe la kot^ hahahaha~
setelah distalker dan dicheck2 nama minah ni tengku fatin fadzil...baru 18 tahun still study kat unisel...minah ni 100% budak kL pure la...ketulinan dia mmg terserlah dari cara dia ckp ...banyak aku usha vlog yg dia buat...maybe org ckp cara dia ckp kasar dan ala2 ganas gituh tapi tu mmg dirinya yg sejati...dia x tiru or buat2...so part tu yg like sgt2 tu...semua sangat menarik..dan aku sangat tertarik utk menunggu dan terus menunggu vlog yg baru darinya... really like and luv you tengku fatin fadzil :) may Allah always be by ur side dear!!!


lagi sorg yg aku duk usha pulak matlutfhi...sumpah dgn nama Allah aku impressed dgn cara dia...semua video dia berunsur nasihat...tapi buat yg terkena mmg dia akan terasa la kan~ serius aku suka dgn dia...jatuh cinta pun mungkin~~~ hehehe galak disitu...org utara budak neh...study oversea oulak tu u ols...really make me proud to be malaysian sbb cara dia pikir mmg lain dari yg lain... wajib subscribe 2 manusia ni...hehehe *nak habaq sebenarnya aku dah ada hobi baru,melayan vlog di youtube*


~sekian ikhlas dari hati yang gumbira lalalalalallllalalalal~

Monday, November 14, 2011

otak stress~ ting tong la

salam to all... tajuk entry pun ting tong tu maksudnya aku tengah ting tong la ni..haha
esok pagi pkul 9.30 ada quiz dlm class kat dkg 6...habis class tu aku kena terus ke dkg 2 pulak utk class seterusnya...selalunya aku melenggang pun x pa...tapi kali ni memang x boleh lenggang la sebab esok ada quiz jgk kot class tu (organization behavior)...duk memikir ni dah la kepenatan mengejar bus yg semua org pakat pulun duk naik (paham la kan depa pun nak p class gak sama ja mcm aku) then sampai2 terus jwb quiz dlm class... memang cun sangat masa kena kat aku semua pakat mai sekali harung...lepas class tu p class math pulak...math ni tok sah kata la quiz dia ikut suka lect...kalau dia rasa dia nk buat dia buat kalau dia x dak mood dia x buat...(ada gak oi manusia mcm tu) penat wei nak ikut kepala otak depa ja...tapi nak buat cmna adat la kita mai sini nak menuntut ilmu sebanyak mungkin...so kena la terima denga hati yg terbuka dan yg paling penting IKHLAS... nak dijadikan pengakhiran utk hari esok di sebelah malamnya ada pulak midterm BKAL (Perakaunan Perniagaan)...midterm wei...yg quiz dlm class semua x pa lagi ni byk kot percent....
tu yg tengah ting tong ni...hari selasa yg sepatutnya hari rest or hari cuti sedunia utk sebilangan besar rakyat sintok ni (termasuk diriku) dah jadi cm stress gila sbb semua benda bakal jadi esok dalam masa serentak...ada gap pun sikit ja...memang x sempat...
masa tgh update blog ni baru ja habis study BKAL...and byk lagi bakal menyusul...tpi rasanya kena tidoq dulu sat kot...letih badan,mata dan segal-galanya....
wish me luck for tomorrow...semoga ku peroleh tenaga Qi yg banyak esok...adn hope that Allah bless always by myside...and for all of u too...
lastly ikhlas dari hati yg sedang berceramuk : semoga anda bahagia dgn hidup anda dan suksess selalu hahahahaha (tiba2 ja)..wasalam~
 mula2 ja semangat nak study...
bila dah stress cmni...selamat tinggal dunia buku and selamat dtg dunia mimpi~